DSpace Repository

Pemikiran Imam Al-Shafi Ô R.H.M. Dalam Puisi-Puisi Akidah Dan Tasawuf

Show simple item record

dc.contributor.author Najihah Binti Abd Wahid
dc.date.accessioned 2019-10-13T07:27:35Z
dc.date.available 2019-10-13T07:27:35Z
dc.date.issued 2014-05
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13524
dc.description.abstract Pemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m banyak dibahaskan dalam disiplin fiqh, usul fiqh dan perundangan Islam. Namun, pemikiran beliau dalam puisi Islam masih kurang diketengahkan dalam kajian akademik sedangkan beliau mempunyai dÊwÉn puisi yang banyak menyentuh tentang pelbagai tema dan persoalan semasa umat Islam. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemikiran beliau dalam ungkapan puisi akidah dan tasawuf. Puisi-puisi akidah dan tasawuf dilihat berlatarkan tiga isu utama yang memerlukan perbahasan. Isu dalam puisi-puisi akidah dibahagikan kepada dua isu utama iaitu isu Qada’ Qadar dan isu Syiah RÉfiÌah. Sementara isu dalam puisi-puisi tasawuf melihat pendirian beliau tentang tasawuf dan aspek-aspek tasawuf yang menjadi pegangan majoriti pendukung tasawuf iaitu proses takhallÊ, taÍallÊ dan tajallÊ. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan atau disebut analisis teks dan juga temu bual tidak berstruktur. Teks yang dirujuk adalah 6 dÊwÉn puisi ImÉm alShÉfÑÊ r.h.m yang merupakan data primer. Data sekunder pula merujuk pada jurnal, artikel dan kajian-kajian yang membantu penyelidik dalam proses pengumpulan data. Kaedah temu bual tidak berstruktur bersama dua informan diaplikasikan dalam kajian ini bagi mendapatkan data-data berkaitan akidah dan tasawuf. Teks-teks puisi akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis tekstual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m dalam persoalan Qada’ Qadar adalah bertentangan dengan pemikiran al-Jabariyyah dan al-Qadariyyah. Sebaliknya, pemikiran beliau selari dengan pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Dalam persoalan Syiah pula, dapatan kajian menunjukkan beliau menolak fahaman Syiah RÉfiÌah sepenuhnya walaupun terdapat terma-terma dan rangkap-rangkap yang merujuk pada maksud syiah. Dapatan kajian dalam puisi-puisi tasawuf pula menunjukkan beliau mempraktikkan tasawuf zuhud dan sunni. Ia membuktikan praktikal dan penerimaan tasawuf oleh beliau. Pemikiran beliau dalam puisi-puisi akidah dan tasawuf diyakini akan dapat menjadi model kepada penggiat seni sastera tanah air untuk memurnikan hala tuju sastera dengan menggarap pemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m dalam bersastera. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Najihah Binti Abd Wahid en_US
dc.subject BP 87 .N3 2014 en_US
dc.title Pemikiran Imam Al-Shafi Ô R.H.M. Dalam Puisi-Puisi Akidah Dan Tasawuf en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account