DSpace Repository

Hubungan Indeks Syariah Dengan Pemboleh Ubah Makroekonomi Sebagai Indikator Pasaran Modal Islam

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Kamal Omar
dc.date.accessioned 2019-10-13T07:33:21Z
dc.date.available 2019-10-13T07:33:21Z
dc.date.issued 2015-03
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13527
dc.description.abstract Seiring dengan objektif strategik keenam Pelan Induk Pasaran Modal untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat Pasaran Modal Islam antarabangsa maka tumpuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi. Tumpuan penyelidikan ini juga adalah untuk menganalisis tindak balas dinamik pemboleh ubah makroekonomi ke atas Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Pemboleh ubah makroekonomi yang dikaji ialah Penawaran Wang M3 (M3), Kadar Faedah (KBPP - Kadar Berian Pinjaman Purata), Kadar Pembiayaan Pulangan Kepada Pendeposit (KPPP), Pinjaman Sistem Perbankan Islam (PSPI), Pinjaman Sistem Perbankan Konvensional (PKON), Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas (FBMEMAS) dan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) bagi model ekonomi tertutup dan Aliran Masuk Pelaburan Portfolio Asing (AMPPA) serta Aliran Keluar Pelaburan Portfolio Asing (AKPPA) bagi model ekonomi terbuka. Tempoh kajian ialah dari Julai 1999 sehingga Disember 2010 bagi model ekonomi tertutup dan dari suku kedua tahun 1999 hingga suku keempat tahun 2010 bagi model ekonomi terbuka. Model regresi yang dibentuk diuji menggunakan ujian analisis diskriptif, ujian integrasi, ujian kointegrasi, penyemakan diagnostik, ujian fungsi tindak balas dan ujian penguraian varians. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mohd Kamal Omar en_US
dc.subject BP 173.75 .M6 2015 en_US
dc.title Hubungan Indeks Syariah Dengan Pemboleh Ubah Makroekonomi Sebagai Indikator Pasaran Modal Islam en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account