DSpace Repository

PERANAN DAN SUMBANGAN ULAMA DALAM SOSIOPOLITIK TERENGGANU 1909-1961

Show simple item record

dc.contributor.author ZULKIFLI BIN ABDULLAH
dc.contributor.author Pusat Pengajian Asas dan Liberal
dc.date.accessioned 2019-10-13T08:13:11Z
dc.date.available 2019-10-13T08:13:11Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13540
dc.description.abstract Kajian ini dijalankan untuk menganalisis sejauh mana peranan serta sumbangan ulama dalam arus sosiopolitik di Terengganu sepanjang tahun 1909 sehingga 1961. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah (historiografi) dengan dokumen arkib sebagai sumber pertama serta disokong sumber kepustakaan serta temu bual. Justeru penulisan secara deskriptif mengenai sosiopolitik Terengganu digarapkan berdasarkan teori The Clash of Fundamentalism oleh Tariq Ali yang berkait rapat berlakunya pertembungan prinsip antara penduduk Melayu-Islam dengan Barat-Sekular yang dibawa British. Justeru aksi timbal balas antara pihak kolonial dengan ulama yang mempelopori perjuangan telah membawa kepada kepada kebangkitan sama ada dalam dua bentuk iaitu perjuangan berbentuk penentangan atau berbentuk berdiplomasi. Perjuangan ulama berbentuk penentangan dipelopori oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong manakala perjuangan berdiplomasi terbahagi kepada beberapa tahap iaitu penyertaan dalam kerajaan, penubuhan institusi pendidikan seperti pondok dan madrasah, penubuhan persatuan dan seterusnya organisai politik kepartian. Beberapa ulama yang yang kukuh dengan nilai Islamiyyah-Melayuwiyyah diperjuangkan ulama seperti Sultan Zainal Abidin III, Tok Ku Paloh, Haji Muhammad dan Haji Omar di Besut, Haji Abbas di Besut dan Kuala Nerus, Tok Faqih di Hulu Terengganu dan Haji Bidin di Dungun. Dalam pada itu penyertaan ulama dalam beberapa pertubuhan seperti Sarekat Islam Terengganu, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Perkasa adalah manifestasi daripada seruan ulama sebelumnya. Dalam pada itu dua parti politik dominan dalam kalangan penduduk Melayu Terengganu digarapkan melalui kajian ini ialah Umno dan PAS iaitu kemuncak kepada perjuangan politik tahap modenisme. Berdasarkan hasil kajian, bahawa keterlibatan ulama Terengganu dalam arus sosiopolitik Terengganu semenjak 1909 berjaya mempertahankan nilai Islamiyyah-Melayuwiyyah sehingga ke dekad-dekad seterusnya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject ZULKIFLI BIN ABDULLAH en_US
dc.subject BP 185 .Z8 2018 en_US
dc.title PERANAN DAN SUMBANGAN ULAMA DALAM SOSIOPOLITIK TERENGGANU 1909-1961 en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account