DSpace Repository

TANGGUNGJAWAB KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU BERCIRIKAN RABBANI DI TERENGGANU

Show simple item record

dc.contributor.author NIK ANIS SUHAILAH BINTI NIK MOHD
dc.contributor.author Pusat Pengajian Asas dan Liberal
dc.date.accessioned 2019-10-13T08:13:31Z
dc.date.available 2019-10-13T08:13:31Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13542
dc.description.abstract Kepemimpinan politik Islam yang sempurna bermula pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah meninggalkan garis panduan yang lengkap dan terbaik untuk membentuk pemimpin yang patuh kepada perintah Allah SWT. Garis panduan ini telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pemimpin politik Islam seharusnya meletakkan Rasulullah SAW sebagai role model dalam menjalankan kepemimpinan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang memiliki ciri-ciri rabbani. Kajian ini bertujuan untuk melihat aktiviti kepemimpinan bercirikan rabbani dalam kalangan pemimpin politik Melayu. Kepemimpinan politik rabbani dalam konteks kajian ini merujuk kepada perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban pemimpin kepada pengikut ke arah keredaan Allah SWT dalam menjalankan tugas berdasarkan kepada lima aktiviti utama iaitu pembinaan ihsan, pengupayaan kepimpinan, keakraban masyarakat, budaya ilmu dan pengurusan pembangunan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala pendekatan kualitatif digunakan sebagai sokongan perbincangan. Data kuantitatif diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik kepada 384 orang responden di Terengganu yang terdiri daripada ahli parti UMNO dan PAS manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual ke atas lapan orang peserta kajian melibatkan pemimpin tertinggi parti politik UMNO dan PAS. Data kajian di analisis menggunakan perisian SPSS 20. Item statistik yang digunakan untuk analisis data kuantitatif termasuk min, ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan pemimpin politik mengamalkan aktiviti kepemimpinan bercirikan rabbani pada tahap tinggi manakala tahap aktiviti kepemimpinan rabbani pemimpin UMNO dan PAS pula menunjukkan bahawa terdapat tiga aktiviti yang berbeza antara kedua-dua parti iaitu dari aspek pembinaan ihsan, pengupayaan kepimpinan dan budaya ilmu. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject NIK ANIS SUHAILAH BINTI NIK MOHD en_US
dc.subject BP 190.5 .L4 N5 2018 en_US
dc.title TANGGUNGJAWAB KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU BERCIRIKAN RABBANI DI TERENGGANU en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account