DSpace Repository

Rantaian Demografi, Sosial Dan Ekonomi Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Fikri Mohamad
dc.date.accessioned 2019-11-25T07:40:28Z
dc.date.available 2019-11-25T07:40:28Z
dc.date.issued 2013-07
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14203
dc.description.abstract Sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju atau negara berpendapatan tinggi telah melepasi tempoh 20 tahun perancangannya. Sepanjang tempoh itu, pertumbuhan ekonomi yang dinamik dapat dilihat pada KDNK negara dengan peningkatan pada kadar purata 6.2 peratus setahun. Namun, pencapaian sebenar KDNK negara antara tahun 1991 hingga 2010 dianggarkan hanya berkembang sebanyak 5.4 peratus setahun. Kegagalan untuk mencapai sasaran pertumbuhan KDNK tersebut berlaku akibat Krisis Kewangan Asia yang bermula sekitar penghujung tahun 1997. Kesannya, wujud jurang sebanyak 26 peratus antara pencapaian sebenar dan sasaran KDNK. Kemajuan tidak hanya tertumpu kepada ekonomi sahaja tetapi perlu seimbang dalam aspek sosial, politik, kebudayaan dan kerohanian. Oleh itu, usaha ke arah negara maju adalah perlu menyeluruh dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi, sosial dan demografi. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan meramalkan pertumbuhan dalam rantaian demografi, sosial dan ekonomi di Malaysia. Hasil kajian yang menggunakan pendekatan Autoregresive Integrated Moving Average (ARIMA) bagi data siri masa antara tahun 1970 hingga 2010 mendapati bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah 4.3 peratus setahun menjelang tahun 2020. Analisis kedua iaitu Auto Regressive Distributed Lat (ARDL) menunjukkan bahawa wujud hubungan antara pemboleh ubah demografi, sosial dan ekonomi dalam jangka masa panjang dan pendek. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mohd Fikri Mohamad en_US
dc.subject HC 445.5 .M6 2013 en_US
dc.title Rantaian Demografi, Sosial Dan Ekonomi Malaysia en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account