dc.description.abstract |
Kajian ini merupakan kajian dalam bidang pengurusan sumber manusia. Fokus utama
kajian adalah gaya kepengikutan dalam organisasi. Gaya kepengikutan dalam organisasi
boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah untuk
mengenalpasti gaya dan faktor kepengikutan dalam Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri
Terengganu. Pendekatan kuantitatif kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden
daripada populasi kajian ini terlibat untuk menjawab soal selidik yang telah diadaptasi
daripada kajian yang lepas. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks nilai
kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini, iaitu 0.895. Jumlah soal selidik
yang dipulangkan dianalisis dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu deskriptif dan
inferensi. Bagi menguji hubungan antara faktor-faktor, analisis korelasi digunakan.
Manakala bagi mendapatkan faktor dominan dari keseluruhan faktor yang dianalisis,
analisis regrasi dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengikut suvaival
merupakan majoriti diikuti dengan pengikut pasif dan pengikut aktif. Kajian ini juga
telah membuktikan bahawa faktor dalaman dan luaran boleh memberi pengaruh kepada
kebanyakan kategori pengikut khususnya pengikut survaival. Sesungguhnya dapatan
daripada kajian ini akan mempergiatkan lagi kajian lanjutan berkaitan dengan gaya
kepengikutan dalam organisasi di Malaysia. |
en_US |