DSpace Repository

Pengaruh Keadilan Organisasi, Gaya Kepimpinan Dan Saiz Firma Ke Atas Komitmen Organisasi Di Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Ruzita Manshor
dc.date.accessioned 2019-11-25T07:50:47Z
dc.date.available 2019-11-25T07:50:47Z
dc.date.issued 2018-01
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14208
dc.description.abstract Pelbagai dasar dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kelangsungan dan kejayaan firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, sehingga kini firma PKS masih menghadapi pelbagai masalah dan isu dalam mengembangkan perniagaan mereka terutamanya dari segi ketidakadilan dalam pengagihan gaji, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan peluang latihan yang terhad. Faktor tersebut dikaitkan dengan masalah komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja. Oleh hal yang demikian, objektif utama adalah untuk mengkaji hubungan di antara keadilan organisasi dan gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi serta menentukan peranan saiz firma sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam sektor pembuatan di firma PKS. Data kajian telah dikutip menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 690 orang responden dan sebanyak 510 (73%) orang responden memberikan maklumbalas. Terdapat dua kaedah statistik yang digunakan bagi menganalisis data kajian ini iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan ujian kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi merangkumi ujian-t sampel bebas, ujian korelasi dan ujian regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi keadilan organisasi (keadilan prosedur, keadilan pengagihan, keadilan interpersonal dan keadilan informasi) dan kedua-dua gaya kepimpinan (kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Analisis regresi bertingkat menunjukkan bahawa faktor penyederhana saiz firma memberikan kesan interaksi dalam hubungan di antara keadilan organisasi, gaya kepimpinan dan komitmen organisasi. Seterusnya keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi merupakan peramal yang mempunyai pengaruh paling dominan dalam mempengaruhi komitmen organisasi berbanding dimensi lain. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Ruzita Manshor en_US
dc.subject HD 58.9 .R8 2018 en_US
dc.title Pengaruh Keadilan Organisasi, Gaya Kepimpinan Dan Saiz Firma Ke Atas Komitmen Organisasi Di Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Malaysia en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account