DSpace Repository

Modul Terapi Seni Ekspresif Dan Kesannya Ke Atas Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

Show simple item record

dc.contributor.author Abd Aziz, Rosliza
dc.date.accessioned 2021-03-22T06:31:21Z
dc.date.available 2021-03-22T06:31:21Z
dc.date.issued 2019
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/handle/123456789/14678
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Ekspresif atau ModTSE dan mengenalpasti kesan modul tersebut ke atas strategi daya tindak ibu tunggal. Modul ini dibina berasaskan Model Pembinaan Modul Rusell yang meliputi proses pembinaan, pengujian kesahan kandungan serta kebolehpercayaan modul. Tiga orang pakar melibatkan kaunselor dan para akademik telah dilantik untuk menilai kesahan kandungan manakala pengujian kebolehpercayaan modul melibatkan 30 orang ibu tunggal dalam sesi bimbingan kelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa ModTSE yang dibina mempunyai kesahan kandungan serta nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi mengenalpasti kesan ModTSE ke atas strategi daya tindak ibu tunggal pula, kajian kuasi eksperimen melibatkan 30 orang ibu tunggal di Kuala Nerus, Terengganu telah dijalankan. Mereka dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah mengikuti Japan sesi bimbingan kelompok menggunakan ModTSE sebagai intervensi manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Inventori Strategi Daya Tindak telah ditadbir kepada kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca. Kesan ModTSE diukur melalui perbezaan skor min ujian pra dan ujian pasca serta ujian ANCOV A. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject HQ 759.915 .R6 2019 en_US
dc.title Modul Terapi Seni Ekspresif Dan Kesannya Ke Atas Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account