DSpace Repository

Amalan Dan Cabaran Pengurusan Biodiversiti Hutan Oleh Pihak Berkepentingan: Kajian Kes Di Tasik Kenyir

Show simple item record

dc.contributor.author Sidik, Norhidayu
dc.date.accessioned 2021-03-22T06:31:35Z
dc.date.available 2021-03-22T06:31:35Z
dc.date.issued 2019
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/handle/123456789/14681
dc.description.abstract Kebanyakan negara membangun termasuklah Malaysia, pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada pihak berkepentingan telah memberikan komitmen yang tinggi untuk mengurus dan menangani isu biodiversiti hutan. Bagi kajian kes biodiversiti di Tasik Kenyir, matlamat utama kajian adalah untuk meneroka amalan pengurusan biodiversiti hutan oleh pihak kerajaan. Khususnya, ia bertujuan untuk menjelaskan tentang bentuk mekanisme pelaksanaan peraturan regulatif yang diamalkan di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti fungsi aktor formal dan tidak formal serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh aktor-aktor ini. Kajian kualitatif ini menggunakan teori analisis institusional dan pembangunan (AIP) dan data primer dikumpulkan dengan menemu bual sembilan orang informan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Terengganu. Di samping itu, data sekunder juga diperoleh daripada dokumen rasmi kerajaan dan laman sesawang rasmi kerajaan serta bukan kerajaan. Analisis kajian menunjukkan terdapat tiga bentuk mekanisme peraturan regulatif pengurusan biodiversiti hutan yang diamalkan di Tasik Kenyir. Amalan pengurusan tersebut merangkumi bidang kuasa domestik pada peringkat negeri dan persekutuan serta bidang kuasa antarabangsa pada peringkat antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa fungsi aktor formal terbahagi kepada fungsi politik dan fungsi agensi. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject SD 235 .M37 N62 2019 en_US
dc.title Amalan Dan Cabaran Pengurusan Biodiversiti Hutan Oleh Pihak Berkepentingan: Kajian Kes Di Tasik Kenyir en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account