Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis dan menunggu hasil siasatan berhubung kejadian pukul secara bergilir-gilir membabitkan penuntut universiti berkenaan. Menurut Pejabat Komunikasi Korporat UMT, pihak universiti turut menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan setiap pelajar perlu sentiasa mematuhi Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar) 2024.