Abstract:
Seramai 12 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman, Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata ia susulan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 22 tahun itu berakhir hari ini.