Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), melalui Pusat UMT Ihsan telah menganjurkan penyampaian dermasiswa dan penghargaan zakat korporat bagi meraikan 1,024 penerima dan penyumbang zakat terpilih. Inisiatif dari Pusat UMT Ihsan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak pengurusan tertinggi UMT menyantuni pelajar-pelajar yang miskin cerdik, malah turut menghargai rakan korporat yang menyumbang danaTabung Zakat UMT.