Abstract:
Malaysia berisiko kehilangan sehingga 10 peratus litupan terumbu karang di sepanjang perairannya akibat perubahan iklim dunia, pencemaran dan penggunaan pukat dalam industri perikanan. Faktor-faktor berkenaan mengganggu tumbesaran terumbu karang yang menyebabkan kesihatan hidupan itu merosot.