Abstract:
Ilmu taranum al-Quran kini melangkah ke fasa baharu apabila Seminar Asas Taranum al-Quran Siri 1 yang berlangsung di Masjid Tengku Besar, Kampung Kubang Ikan baru-baru ini mencatat sejarah tersendiri sebagai pentas pelancaran aplikasi mudah alih Taranum al-Quran, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Aplikasi Taranum al-Quran dibangunkan hasil penyelidikan UMT bersama syarikat teknologi pendidikan, Oxford EduVision (M) Sdn. Bhd. dan boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store.