Abstract:
Aktiviti mengangkat dan memaksa penyu bertelur atau lebih dikenali sebagai ‘penyu terbang’ perlu dihentikan kerana boleh menyebabkan sistem fisiologi badan haiwan itu terganggu. Tindakan itu bukan perkara baharu, malah telah lama dikesan berlaku di sekitar Pantai Chendor dan Pantai Cherating, Pahang.