Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil menerajui satu inisiatif pemuliharaan lestari yang menggabungkan kepakaran penyelidik dengan kerjasama komuniti nelayan setempat bagi melindungi ekosistem perikanan negara. Inisiatif ini mengubah naratif lama, ketam nipah bertelur yang menjadi rezeki tambahan nelayan diberi peluang untuk ditetaskan terlebih dahulu demi kelangsungan spesis dan sumber perikanan negara.