Abstract:
Malaysia melakar sejarah dengan pelancaran program wakaf pertama negara yang memberi tumpuan khusus kepada pemeliharaan hidupan laut, menerusi inisiatif Wakaf Kelestarian Alam: Konservasi Penyu Terengganu dan pelaburan patuh Syariah, RHB Sukuk Dana Hafeez. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.