Abstract:
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan ‘Wakaf Kelestarian Alam: Konservasi Penyu Terengganu’, model wakaf pertama di Malaysia yang memberikan tumpuan kepada pemeliharaan hidupan laut khususnya spesies terancam seperti penyu. Baginda turut berkenan melancarkan RHB Sukuk Dana Hafeez bagi menyokong usaha pemuliharaan penyu menerusi program wakaf itu.