Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kejayaannya melepaskan 1,270 ekor ikan badut (clownfish) secara serentak di perairan Pulau Bidong, Terengganu. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Sambutan UlangTahun ke-30 MBOR dalam satu majlis berprestij yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya.