Abstract:
Misteri dasar laut negara tersingkap apabila penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui satu spesies ikan baharu yang belum pernah direkodkan di mana-mana tempat di dunia. Tun Nurul Aimi berkata, Baji Azizah adalah spesies dasar laut yang sangat sukar dikesan kerana bentuknya yang leper dan warnanya yang seakan pasir dasar laut serta bijak menyamar.