Abstract:
Seramai lebih 100 mahasiswa dari empat universiti awam berganding tenaga dalam menjayakan Program Bakti Madani @ Pasir Raja, Dungun yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 sehingga 3 Ogos 2025. Program yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini menyasarkan pemerkasaan jati diri mahasiswa melalui kesukarelawanan bersama masyarakat luar bandar.