Abstract:
Empat buah universiti awam bergabung tenaga dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan jati diri mahasiswa melalui penganjuran Program Bakti MADANI @ Pasir Raja, Dungun yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos lalu. Program ini dijayakan dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan serta swasta.