Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima Timbalan Naib Canselor (TNC) baharu bagi memperkukuh kepimpinan dan hala tuju universiti. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah @ Polity Ak Kria dilantik sebagai TNC (Penyelidikan dan Inovasi) UMT berkuat kuasa 11 Ogos 2025, manakala Prof. Ts. Dr. Norhana Abdul Halim sebagai TNC (Akademik dan Antarabangsa) UPNM mulai 18 Ogos ini.