Abstract:
Stesen radio Hot FM menerusi segman Bekpes Hot melakar sejarah apabila kempen Bekpes Hot Skuba mengadakan siaran langsung radio terdalam di laut terbuka di Pulau Bidong, Terengganu. Ia mendapat pengiktirafan oleh ASEAN Records sebagai Siaran Radio Langsung Bawah Air Luaran Pertama dan Terdalam di Laut Terbuka oleh Personaliti Radio. Ia dilakukan di kedalaman 10 meter selama 90 minit.