Abstract:
Arkeologi marin merupakan satu cabang arkeologi yang memberi tumpuan kepada kajian tinggalan sejarah aktiviti manusia yang berkaitan dengan lautan atau marin. Ia merangkumi penyelidikan terhadap tapak-tapak seperti kapal karam, pelabuhan purba, artifak yang tertanam di dasar laut, dan struktur binaan bawah air yang pernah memainkan peranan penting dalam peradaban manusia.