Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan Program Asasi Pengurusan dan Perniagaan bermula pengambilan tahun 2026. Usaha ini bukan sahaja bertujuan melahirkan graduan berkualiti dalam bidang pengurusan dan keusahawanan, malah memastikan kesinambungan pembangunan ilmu yang menyokong agenda ekonomi biru dan kelestarian global.