Abstract:
Seminar Konservasi Sumber Perikanan 2025, di Hotel Everly, Putrajaya dengan tema “Ke Arah Kelestarian Pengurusan Sumber Perikanan Negara.” Seminar ini bertujuan untuk menghimpunkan penyelidik, pengurus sumber, pembuat dasar serta pihak berkepentingan lain dalam memelihara kelestarian sumber perikanan negara. Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan (BKOPP), Jabatan Perikanan Malaysia dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Adnan bin Hussain.