Abstract:
Budaya kerja toksik di pejabat memberi kesan terhadap kesejateraan mental pekerja dan prestasi organisasi kini semakin ketara. Budaya tempat kerja yang negatif termasuk gaya pengurusan autoritarian dan kurangnya empati boleh dianggap sebagai hazard psikososial, iaitu ancaman kepada kesihatan mental di tempat kerja. Malangnya, masih ada pihak pengurusan yang menganggap masalah ini remeh atau sekadar masalah individu, lalu mengambil sikap sambil lewa.