Abstract:
Program ini merupakan satu program yang buat julung kali dianjurkan di Pulau Bidong, Terengganu, Malaysia. Program ini turut disertai oleh Duta Konservasi UMT iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda telah mencemar duli melakukan kerja-kerja ekskavasi di tapak Kapal Karam Bidong serta melihat proses konservasi artifak yang telah diselamatkan.