Abstract:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat selain mengurangkan beban rakyat. Malah penambahbaikan kadar bantuan mengikut pendapatan dan bilangan anak memberi impak langsung kepada kuasa pembeli penerima.
Dr. Nor Fatimah Che Sulaiman dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) berpendapat aliran wang yang dibelanjakan akan merangsang ekonomi akar umbi terutama di kawasan kampung dan bandar kecil.