Abstract:
Tahun pertama di universiti sering digambarkan sebagai fasa peralihan yang paling sukar dalam kehidupan seorang mahasiswa. Kajian terkini menunjukkan realiti fasa perubahan ini semakin kompleks dengan cabaran akademik, emosi, sosial, dan budaya yang memberi tekanan besar kepada mahasiswa baharu. Penyesuaian terhadap pembelajaran kendiri, tugasan akademik, aktiviti kokurikulum, serta pengurusan masa merupakan antara punca utama tekanan.