Abstract:
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui di Luar Pesisir (CEFORE) di Pantai Tok Jembal. Pusat ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Petronas dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan merupakan model bersepadu pertama di Malaysia yang menggabungkan tenaga angin, solar dan ombak.