Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus melakar sejarah apabila melancarkan Centre for Offshore Renewable Energy (CEFORE), pusat penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dan komuniti setempat. CEFORE lahir hasil kerjasama strategik antara UMT dan PETRONAS, gabungan kepakaran akademik dan industri yang diyakini mampu memacu peralihan tenaga negara ke arah lebih lestari.