Abstract:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memperkenalkan tiga program akademik baharu bermula sesi 2025/2026, bertujuan melahirkan graduan yang mahir dalam bidang tenaga hijau dan maritim. Program baharu tersebut ialah Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui (dengan kepujian), Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga & Kuasa) (dengan kepujian) dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) (dengan kepujian, dual degree).