Abstract:
Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Program R&R: Rehat dan Rawat @Masjid UMT sempena pendaftaran pelajar baharu sesi akademik 2025/2026. Inisiatif itu menjadi ruang menyantuni pelajar dan keluarga yang hadir dari seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minuman ringan, ruang rehat, ruang solat serta tandas yang selesa.