Abstract:
Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Dr. Yusliza Mohd Yusoff tersenarai buat kali keempat sebagai penyelidik yang berada dalam kelompok antara dua peratus saintis terbaik dunia berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka Elsevier, Amerika Syarikat.