Abstract:
Program yang dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Yayasan TM ini merupakan Fasa 3 dan juga fasa terakhir bagi projek RoboCode, di bawah Geran Impak Sosial Yayasan TM (YTM Social Impact Grant). Pertandingan tersebut menjadi kemuncak kepada projek RoboCode: Build & Code the Robot for Special Needs, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas dalam bidang robotik dan pengaturcaraan digital.