Abstract:
Petronas bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta sejarah tersendiri apabila melancarkan Centre for Offshore Renewable Energy (CEFORE) di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Inovasi baharu yang merupakan salah satu model bersepadu pertama di dunia itu menggabungkan sumber tenaga boleh diperbaharui luar pesisir dengan sistem penstoran tenaga dan sistem pengurusan tenaga.