Abstract:
Universiti awam (UA) di seluruh negara menerima pendaftaran lebih 100,000 pelajar baharu bagi sesi akademik 2025/2026 yang mula dibuka pada penghujung September lalu. Jumlah tersebut merangkumi pelajar tempatan, antarabangsa, orang kurang upaya (OKU), atlet sukan serta pelajar Orang Asli yang diberi peluang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat dan bidang.