Abstract:
Setiap 11 Oktober, negara menyambut Hari Sukan Negara (HSN). Hari istimewa ini disambut secara serentak di seluruh negara sebagai pemangkin ke arah peningkatan penglibatan aktif mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT). Pelaksanaan program sukan bukan sahaja menyerlahkan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa, malah menjadi wadah utama untuk memperkukuh amalan gaya hidup sihat di kampus.