Abstract:
Spesis baru flora dan fauna dikenalpasti menerusi ekspedisi saintifik pemantauan biodiversiti di Tanah Bencah Kong Kong dan Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Ekspedisi inisiatif Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Seramai 89 pakar biologi daripada enam Institusi Pengajian Tinggi Awam akan menyertai ekspedisi ini, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Antara objektif utama penyelidikan adalah memugar naratif ilmiah yang boleh dimanfaatkan komuniti setempat.