Abstract:
"Adab mendahului ilmu.” Ungkapan ringkas ini mengandungi makna yang begitu mendalam. Namun, dalam arus kemajuan teknologi dan dunia digital masa kini, makna di sebaliknya kian pudar. Fenomena buli, penghinaan di media sosial, serta sikap tidak hormat antara pelajar semakin membimbangkan. Ia bukan sekadar masalah disiplin, tetapi cerminan kepada keruntuhan nilai murni dan kehilangan budi pekerti dalam kalangan generasi muda.