Abstract:
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah mahu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam suasana pasaran kerja yang semakin kompetitif. Baginda yang juga Canselor UMT menitahkan pihak pengurusan universiti memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelajar bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi memiliki nilai tambah seperti kebolehan berkomunikasi, daya kepimpinan, berfikir secara kritikal dan berdaya tahan dalam menghadapi tekanan.