Abstract:
Lima pelajar UMT yang menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim memilih untuk tidak hadir ke istiadat konvokesyen ke-23 kerana sedang menjalani latihan pegawai kadet di atas kapal dagang antarabangsa bagi menunaikan syarat pelayaran (seatime) minima ke arah mendapatkan sijil profesional dalam industri maritim.