Abstract:
Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu merangkap Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UMT Ke-23 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT. Istiadat yang penuh bermakna itu menyaksikan seramai 2,539 graduan diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang ilmu.