Abstract:
"Setiap kali saya jatuh saya akan bangkit, ujian adalah guru paling tabah dan janji Allah kepada mereka yang berusaha tidak pernah sia-sia". Itu pegangan hidup Nik Izzul Solihin Nik Masrol, anak jati Kota Bharu, Kelantan, yang hari ini berdiri megah di pentas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-23 menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian setelah melalui perjalanan penuh air mata dan perjuangan menentang penyakit kronik yang hampir meragut nyawa.