Abstract:
Air kurasan yang memasuki sumber air tanpa dirawat mampu untuk menghadirkan
kepekatan logam berat yang tinggi dan keadaan ini boleh membahayakan kesihatan
manusia dan hidupan lainnya. Kaj ian ini memberi cadangan untuk merawat air
kurasan sebelum memasuki sumber sumber air seperti sungai. Kaj ian ini bertujuan
untuk menganalisa kecekapan alat penyulingan solar jenis takungan tunggal yang
berskala kecil di dalam cuaca dan persekitaran KUSTEM dengan mengambilkira
faktor suhu, keamatan cahaya, kelembapan udara dan halaju angin.