Abstract:
Kajian kesan asid lemak tidak tepu dalam Artemia yang diperkayakan dengan
minyak ikan terhadap tumbesaran dan kemandirian udang putih (Penaeus merguiensis)
telah dijalankan di Unit Penetasan, Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan.