Abstract:
Durian(nama saintifiknya Durio Zibethinus Murray) merupakan raja buah yang popular di
kalangan penduduk Asia Tenggara. Jumlah kulit iaitu kira-kira 70% dari buahnya adalah
merupakan sisa pertanian dan memberi kesan terhadap pencemaran alam sekitar. Kulit
durian yang dirawat dengan asid sulfurik untuk menghasilkan produk terkarbon digunakan
sebagai kaj ian tentang keberkesanan sebagai bahan penjerap dalam penyingkiran ion Fe(II).