Abstract:
Kajian ini menunjukkan kandungan karbon (C) dan nitrogen (N) dalam enapan mengikut profil kedalaman sehingga 25 cm daripada permukaan adalah bergantung kepada kedudukan stesen daripada gigi air di mana julat
kandungan karbon bagi dataran berlumpur, zon hadapan, zon
tengah dan zon belakang masing-masing di antara 1.18- 1.71%, 1.01-2.97%, 4.23-7.46% dan 2.9-4.71% manakala
kandungan nitrogen pula masing-masing berjulat di antara
0.09-0.14%, 0.05-0.21%, 0.3-0.57% dan 0.18-0.25%.